Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Serangan bom merupakan taktik utama yang digunakan pengganas ISIS untuk membunuh rakyat Iraq atau memusnahkan kenderaan polis.
Kumpulan pengganas sejak beberapa tahun ini mampu meningkatkan kekuatan bom sehingga dapat memusnahkan kereta perisai askar Iraq.
Kebanyakan anggota ISIS merupakan bekas tentera dan polis rejim Saddam yang sudah mahir dengan teknik membuat bom untuk diajar kepada anggota ISIS dengan bahan-bahan tertentu.
Salah satu kepakaran bekas anggota rejim Ba'ath ialah membangunkan teknologi bom berangkai yang meledakkan beberapa bom serentak sehingga menyukarkan pasukan keselamatan Iraq mematikan bahan letupan itu. Ini disebabkan kesilapan kecil dalam mematikan bom boleh mengundang tragedi besar.
Antara bahan yang digunakan ISIS ialah C-4 yang lebih kuat dari TNT.
Selain C-4, pengganas ISIS juga menggunakan Nitrat Ammonia dan lain-lain bahan yang menyerupai garam. Dengan menyembunyikan bahan-bahan tersebut di dalam guni-guni garam, bahan-bahan ini telah diseluduh ke berbagai kota di Iraq.
Menurut pakar, cara terbaik mengesan bom ISIS ialah menggunakan robot. Namun kebanyakan robot Iraq telah musnah ketika operasi mengesan bahan letupan dan ledakan bom bawah tanah.

Sementara itu kegiatan mematikan bom mengambil jangka waktu sehingga 7 jam sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan maut ketika bertugas. Oleh kerana itu pasukan keselamatan lebih suka meledakkan bom dari mengambil risiko mematikannya.
Selalunya pengganas ISIS akan menanam bom di seluruh kawasan yang berjaya dikuasainya termasuk jalan-jalan, rumah-rumah, kebun-kebun kurma, generator elektrik, pohoh-pohoh termasuk pencawang-pencawang elektrik.
Antara keanehan lain ialah para pengganas juga memasang periuk api dalam peti ais dan televisyen dalam rumah-rumah yang telah diserang mereka.

Pasukan keselamatan Iraq setiap hari mematikan lebih kurang 200 bom yang dipasang pengganas ISIS di kawasan Jufr al-Sekkar yang berjaya dibebaskan baru-baru ini. Hingga kini hampir 4000 bom di kawasan terbabit telah dimatikan.